KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Dalam usaha berterusan untuk
membangunkan usahawan Bumiputera yang mampu bertahan, Yayasan Usahawan
Baru (myNEF) menganjurkan program pertama bengkel penggabungan dan
pengambilalihan (M&A).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=934177
Published: March 14, 2013
Dalam satu kenyataan hari ini, myNEF berkata 44 syarikat menyertai
bengkel itu yang bermatlamat memberikan taklimat mengenai strategi
kejayaan pembangunan dan pelaksanaan M&A.
"Program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pemangkin Usahawan
(PUsh) myNEF yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak tahun lepas," katanya.
myNEF berkata antara tajuk yang dibincangkan pada bengkel itu ialah
sektor yang berpotensi yang melibatkan keusahawanan dan inovasi,
rasional melaksanakan pengambilalihan dan teknik yang digunakan dalam
memenuhi rangka kerja kawal aturan dan pengambilalihan.
"Sebagai pemudah cara industri, myNEF membantu syarikat menentukan
rasional, memilih sasaran pengambilalihan, menilai potensi jangka
panjang sesuatu usaha sama itu," katanya.
Syarikat yang menyertai bengkel itu terdiri daripada sektor teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dan industri kreatif, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif myNEF Ferdaus Johar berkata sejak pelancaran
PUsh, yayasan itu mencatat kejayaan dalam memperkenal pelbagai program
kepada usahawan Bumiputera menerusi Karnival ICT & Kreatif, serta
bengkel terbabit.
"Kami sudah membuat capaian ke atas kira-kira 500 syarikat dala program
Rangkaian Pengedaran Nasional dan kami berharap dapat mengenal pasti
lebih banyak syarikat yang dapat menyertai program M&A kami,"
katanya.
Beliau berkata yayasan itu mahu membantu usahawan Bumiputera menjalankan perniagaan yang berjaya dan mampan.
myNEF, organisasi yang ditubuhkan bukan untuk meraih keuntungan,
dipertanggungjawabkan untuk membangun dan melaksana program-program
menyeluruh bagi memastikan industriICT dan kreatif mencatat pertumbuhan
dan berdaya saing dalam negara.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment