Thursday, May 10, 2012

Jom Niaga bermula hari ini di Karangkraf

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jom-niaga-bermula-hari-ini-di-karangkraf-1.46679

Published: on 10 May 2012
Wartawan Sinar Harian

Jom Niaga bermula hari ini di Karangkraf
Jom Niaga bermula hari ini di Karangkraf

HIMPUNAN usahawan mikro, kecil dan sederhana, Jom Niaga, di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf bermula hari ini.

Seramai 30,000 pengunjung dan usahawan pelbagai bidang dijangka membanjiri himpunan dua hari itu yang menjadi platform mempromosi, mendedahkan produk serta perkhidmatan kepada masyarakat secara lebih dekat.

Himpunan itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam dan dibuka percuma kepada orang ramai.
Program itu dianjurkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bersama agensinya, Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta dimeriahkan dengan kewujudan 350 gerai.

Antara program menarik adalah Pocket Talk yang diadakan sepanjang hari, membincangkan topik skim pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) patuh syariah, pembiayaan mikro dan motivasi perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan merasmikan himpunan jam 3 petang ini.
Karangkraf adalah lokasi ketiga program seumpama itu, selepas Kelantan dan Kedah.

Pelbagai acara sampingan lain turut diadakan, termasuk pertandingan mewarna, cabutan bertuah, penyampaian anugerah usahawan mikro, forum perdana ‘Wajah Terindah’, Niaga Race, penampilan istimewa Upin & Ipin, demons­trasi masakan bersama Chef Zam.

Program itu diserikan usahawan selebriti, Linda Onn dan Rosyam Nor, serta dikendalikan moderator Aziz Desa.

No comments: