Wednesday, May 16, 2012

PKS Korea Selatan pilih Malaysia luas perniagaan

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pks-korea-selatan-pilih-malaysia-luas-perniagaan-1.48454

Published: on 16 May 2012
Wartawan Sinar Harian

Satu perwakilan Korea Selatan yang mewakili 20 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan nilai minimum pelaburan berpotensi AS$50 juta (RM154.168 juta) berminat menjadikan Malaysia lokasi pilihan gelombang baharu pelaburan Korea.

Tujuh daripada syarikat itu adalah syarikat baru manakala yang lainnya adalah pelabur sedia ada yang mencari peluang meluaskan dan mempelbagaikan operasi sedia ada, terutama sektor perkilangan.

Naib Presiden Perbadanan Perniagaan Kecil dan Sederhana Korea Selatan (SBC), Song Sung Ho, berkata mereka menyuarakan minat memindahkan perniagaan bukan sahaja dari Korea malah negara lain di rantau ini ke Malaysia untuk menyokong syarikat besar seperti Samsung dan Hyundai.

“Selain itu, pelabur berpotensi Korea minat bangun hab logistik dan industri di Malaysia bagi ­ eksport,” katanya selepas hadir seminar bertajuk Peluang Perniagaan di Malaysia yang dihoskan bersama SBC dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, meskipun China dan Vietnam pasaran­ paling digemari, namun tumpuan bagi destinasi pelaburan­ beralih ke Malaysia disebabkan kestabilan politik, keselamatan­ ekonomi berdaya tahan, adunan penduduk serta persekitaran pelaburan moden dan mesra. - Bernama

No comments: