Monday, May 28, 2012

Bentuk sistem mentor mentee galak guna web

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bentuksistemmentormenteegalakgunaweb/Article/index_html

Published: on 28 May 2012

YAYASAN Muamalat Belia (YMB) mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk membentuk sistem mentor mentee bagi menggalakkan pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan terutama di kalangan Bumiputera menggunakan laman web sebagai medium dalam urusan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azman Idris berkata, isu kekurangan dana untuk membangunkan laman web bagi perniagaan bukan menjadi masalah kepada PKS, tetapi kekurangan maklumat kepentingan laman web sebagai satu medium penting masih lagi belum dapat disampaikan sepenuhnya kepada golongan terbabit.

Noor Azman mengulas laporan syarikat Internet terkemuka, Google yang mendapati penggunaan laman web di kalangan PKS di Malaysia menunjukkan kurang 10 peratus daripada 700,000 keseluruhannya sedangkan ia mampu menarik dua bilion orang pengguna di serata dunia jika laman web digunakan sebagai medium dalam urusan perniagaan.

Katanya, sistem mentor mentee dapat membantu dan membimbing golongan PKS Bumiputera untuk mendapat maklumat mengenai kepentingan laman web dan cara pengoperasian dalam perniagaan.

“Bagi golongan usahawan muda ia bukan menjadi satu masalah membangunkan laman web berbentuk perniagaan, tetapi ia berlaku ke atas PKS yang masih menjalankan perniagaan secara konvensional iaitu golongan lama. “Saya melihat, jika PKS Bumiputera baru dan lama bergabung idea dalam sistem mentor dan mentee ia boleh mencapai satu operasi perniagaan yang dinamik iaitu golongan lama yang mempunyai pengalaman dapat memberi bimbingan kepada golongan muda untuk menjadi usahawan dan golongan muda boleh memberi idea kepada golongan lama,” katanya.

No comments: