Friday, May 4, 2012

Jualan silang TM - Panashop

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JualansilangTM-Panashop/Article/index_html

Published: on 04 May 2012

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menjalinkan kerjasama dengan Panasonic Malaysia bagi mengukuhkan segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dengan menawarkan operasi perniagaan PKS melalui penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta peranti yang ditawarkan kedua-dua syarikat.

Naib Presiden Eksekutif SME TM, Azizi A Hadi berkata, antara kerjasama itu termasuk menyediakan gabungan produk dan perkhidmatan TM serta Panasonic serta pembabitan bersama bagi aktiviti pemasaran serta program kesetiaan.

“PKS satu daripada segmen utama TM yang menyumbang sekurang-kurangnya 20 peratus kepada hasil keseluruhan syarikat. Kami menggalakkan PKS memanfaatkan sepenuhnya produk, perkhidmatan, penyelesaian dan inisiatif disediakan.

“Kerjasama ini dilihat selari dengan aspirasi syarikat untuk menjadi Rakan Komunikasi dan Penyelesaian Pilihan membolehkan syarikat PKS bersaing di peringkat tempatan dan global,” katanya pada majlis perjanjian antara kedua-dua pihak di Kuala Lumpur, semalam.

Antara usaha sama dijalankan termasuk gabungan pakej jalur lebar dengan peranti terkini Panasonic seperti pakej Office in a Box (OIAB) dan UniFi yang boleh didapati di 50 cawangan Panashop di Lembah Klang bagi fasa pertama sebelum diikuti dengan 450 cawangan Panashop di seluruh negara bagi fasa kedua.

Sementara itu, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee berkata, usaha sama itu bagi mengukuhkan jenama kedua-dua syarikat dengan memberi nilai tambah iaitu saluran pengedaran produk TM seperti jalur lebar dan telefon talian tetap di rangkaian Panashop.

“Rakan niaga kami tidak hanya memperoleh insentif daripada jualan produk TM, malah membawa pulang barangan elektrik di rangkaian kedai kami. Panasonic akan mempamerkan produk komunikasi kami termasuk DECT di semua TMpoint, satu usaha jualan silang,” katanya.

No comments: