Sunday, May 13, 2012

Penuntut Institut pendidikan Mara didedah kepada perniagaan

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/penuntut-institut-pendidikan-mara-didedah-kepada-perniagaan-1.47618

Published: on 13 May 2012

BESUT - Penuntut institut pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah skim Pembiayaan Perniagaan (SEMAi) layak menerima pinjaman sehingga RM50,000 setiap seorang bagi membantu mereka menjadi usahawan.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pinjaman yang diberikan itu merupakan penambahbaikan yang dilakukan Mara sejak tahun lepas dalam menambah bilangan usahawan muda di kalangan lepasan institut pendidikannya.

Katanya, pinjaman diberi tanpa cagaran membabitkan penuntut yang mengambil bidang perniagaan sama ada di Pusat Giat Mara, Institut Kemahiran Mara, Kolej Pelajaran Mara, British Malaysian Institute (BMI), German Malaysian Institute (GMI), France Malaysian Institute (FMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

"Mereka yang mengikuti bidang perniagaan digalakkan mendapatkan pinjaman tersebut bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan yang ada kaitan dengan bidang kemahiran dipelajari," katanya.

Idris bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Engagement' Mara bersama 200 usahawan dan penerima kemudahan Pembiayaan Perniagaan Mara di sini hari ini.

Beliau berkata kini Mara sedang dan akan meneruskan usaha menyemai budaya keusahawanan di kalangan penuntut Mara. - Bernama

No comments: