Wednesday, May 9, 2012

Microsoft 365 terbukti pilihan sesuai bagi syarikat Malaysia

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/microsoft-365-terbukti-pilihan-sesuai-bagi-syarikat-malaysia-1.46652

Published: on 09 May 2012

KUALA LUMPUR - Penyelesaian perkomputeran awan Microsoft, Office 365, terbukti satu pilihan yang sesuai bagi syarikat Malaysia yang mencari jalan untuk menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti.
 
Microsoft Malaysia Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mengenal pasti dua syarikat, iaitu, Crystal Edge Sdn Bhd dan Zepto Consulting Sdn Bhd, sebagai antara syarikat yang telah meraih manfaat yang ketara.

Kedua-dua syarikat perkhidmatan pemasaran Crystal Edge dan syarikat perunding Zepto Consulting, mencatatkan penjimatan kos dan peningkatan produktiviti masing-masing sehingga 40 peratus dan 35 peratus, menerusi Office 365, kata syarikat itu.

"Meskipun saiz dan kerumitan organisasi yang berbeza, syarikat itu didapati memilih set produktiviti berasaskan perkomputeran awan Office 365, untuk menangani keperluan mereka," kata Microsoft.
 
Penyelesaian Office 365 menawarkan 99 peratus jaminan, penyelesaian antivirus dan anti-spam bagi perlindungan emel sepanjang masa, dan jaminan mutu gred enterpris serta keupayaan pemulihan bencana, ciri-ciri yang kebanyakan organisasi biasanya membeli dan menguruskannya secara berasingan.
 
Jaime Chong, Pengarah Operasi dan Projek Khas Crystal Edge berkata ciri-ciri set produktiviti Office 365, Lync Online, menelan kos satu pertiga daripada harga penyelesaian biasa, yang boleh membawa kepada penjimatan hampir RM40,000 setahun.
 
Sementara itu Pengarah Projek Zepto Consulting Jabez Gan pula berkata Office 365 telah menambah baik keuntungan syarikat sebanyak kira-kira 10 peratus, menyediakan kepada kakitangan lebih banyak masa produktif dan mengurangkan kos operasi secara keseluruhan.
 
- Bernama

No comments: