Saturday, May 26, 2012

Wanita perlu tingkat kualiti diri

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/wanita-perlu-tingkat-kualiti-diri-1.51064

Published: on 26 May 2012
Wartawan Sinar Harian

PERBADANAN Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) menyarankan wanita yang ingin berjaya perlu meningkatkan kualiti diri dalam segala aspek.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim menegaskan wanita tidak boleh terlalu bergantung harap kepada kelayakan akademi yang cemerlang dan paras rupa semata-mata.

“Wanita perlu bijak menangani segala cabaran, oleh itu mereka perlu ada kemahiran dan memiliki dana kewangan. Kemampuan kewangan adalah kunci kejayaan yang boleh membantu mereka berkembang, terutama ke pasaran luar,” katanya selepas forum anjuran SME Corp “E3 Women’s”, bertema “Pengupayaan Dari Segi Elektronik dan Ekonomi”, di Kuala Lumpur.

Hafsah turut menekankan pentingnya usahawan wanita mencari peluang meluaskan pasaran, bukan hanya di peringkat domestik.

Beliau berkata, 87 peratus wanita di Malaysia kini terlibat dalam sektor perkhidmatan, tujuh peratus perkilangan dan enam peratus dalam agrikultur.

No comments: