Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/10pemenangkeOxford/Article
Published: April 07, 2013
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-corp-tingkat-kualiti-e50-1.147087
Published: April 07, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=939944
Published: April 07, 2013
Mohamed Al Amin (kanan) bersama Nordin pada majlis
pelancaran Anugerah E50 2013 di Petaling Jaya, semalam.
Mohamed Al Amin (kanan) bersama Nordin melakukan gimik
pelancaran pada majlis pelancaran Anugerah E50 di Petaling Jaya,
semalam.
Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Ir Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid, berkata ia adalah sebahagian daripada keistimewaan yang ditawarkan program Anugerah E50 bagi tahun ini sebagai bukti kepada komitmen program yang memasuki tahun ke-17 tahun ini.
Mohamed Al Amin berkata, bagi usahawan wanita pula, peserta cemerlang program Anugerah E50 tahun ini akan dipilih untuk menyertai Program Usahawan Wanita di Said Business School, University of Oxford.
Automatik tercalon
Beliau berkata, pemenang Anugerah E50 secara automatik dicalonkan bagi Anugerah Kecemerlangan Perindustrian Malaysia dan Anugerah Produktiviti Nasional anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tahun ini.
Ini adalah tahun kedua peserta Anugerah E50 dibuat secara jemputan yang hanya dipanjangkan kepada syarikat dikategorikan sebagai bertaraf 4 bintang dan ke atas menerusi program penarafan dijalankan SME Corp.
“Ia bertujuan memastikan syarikat yang benar-benar berkualiti layak bertanding,” katanya sambil menambah ia juga adalah bukti kepada peningkatan dan penambahbaikan standard program Anugerah E50.
Anugerah E50 2013 juga menyaksikan kehadiran MIDF sebagai penaja acara utama anjuran SME Corp itu.
Anugerah E50 2013 itu mendapat sokongan Deloitte Malaysia, RHB Bank, TM, Media Prima Bhd, Business Times dan Malaysia SME.
No comments:
Post a Comment