Tuesday, April 9, 2013

ACCA: PKS Perlu Sedia Kewangan Untuk Akses Pembiayaan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Laporan baharu oleh Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) menunjukkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memiliki pasukan kewangan yang kukuh, mencatat pertumbuhan yang lebih cepat dan mampan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130409/ek_02/PKS--sedia-kewangan-untuk--pembiayaan
Published: April 09, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=940307
Published: April 09, 2013

Dalam satu kenyataan, ACCA berkata laporan bertajuk "Akauntan untuk Perniagaan kecil", memperlihatkan peranan penting fungsi kewangan PKS dalam pelbagai peringkat pertumbuhan PKS bagi menarik pelaburan dan membantu mereka "keluar daripada bayangan".

Ketua Dasar PKS ACCA Rosana Mirkovic berkata peranan akauntan dalam penetapan PKS, melepasi asas penyimpanan kira-kira memandangkan mereka berada di peringkat pertengahan dalam menyediakan kepakaran dalam perniagaan di perbagai peringkat.

Mirkovic berkata fungsi pembiayaan yang diurus dengan baik oleh pegawai terlatih dalam bidang berkaitan, menjadikan PKS memiliki nilai kredit yang lebih tinggi dan sedia untuk membuat pelaburan.

"Akauntan yang membantu syarikat permulaan akan memain peranan yang berbeza namun penting apabila perniagaan itu berapa pada kedudukan pertumbuhan penuh dan mampan.

"Atas faktor inilah mengapa ACCA melatih anggotanya supaya mahir dalam pelbagai penguasaan bagi menjadikan mereka profesional kewangan yang lengkap," kata Mirkovic.

ACCA juga mendapati sektor PKS merupakan majikan utama profesional kewangan.

Ia berkata walaupun hanya 13 peratus kejayaan anggota ACCA bermula di PKS, 45 peratus daripadanya, termasuk 54 peratus ketua pegawai kewangan, pada satu peringkat pernah bekerja untuk PKS.

-- BERNAMA

No comments: