Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HDCsasarnilaieksportmeningkathingga5peratus/Article
Published: April 04, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EksportprodukhalalRM33bilion/Article/index_html
Published: April 04, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130404/ek_05/Produk-halal-PKS-meningkat-lima--peratus
Published: April 04, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=939186
Published: April 04, 2013
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/hdc-jangka-eksport-halal-pks-meningkat-1.145877
Published: April 05, 2013
Abdullah (tengah) melihat produk mesra alam pada pameran sempena
Persidangan Minggu Halal Sedunia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
Hasil pemulihan pasaran China, Indonesia
Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasar peningkatan sehingga lima peratus nilai eksport produk halal tahun ini, berbanding RM33 bilion yang dicatat tahun lalu.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata sasaran lebih tinggi itu disokong pemulihan pasaran China dan Indonesia yang meningkatkan permintaan kepada produk halal Malaysia.
Boleh capai sasaran
“HDC menjangkakan sasaran itu mampu dicapai bersandarkan faktor permintaan dari China dan Indonesia,” katanya pada sidang media sempena Minggu Halal Sedunia 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
Pada majlis sama, HDC menjalinkan kerjasama dengan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC) dan SIRIM-QAS bagi menaik taraf peserta industri halal tempatan ke peringkat antarabangsa.
Hadir sama, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail; Ketua Eksekutif DDEC, Datuk Abd Rahim Hassan dan Pengarah Urusan SIRIM-QAS International, Khalidah Mustafa.
Pelancaran persidangan halal yang berlangsung dua hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Tahun lalu, nilai eksport produk halal negara direkodkan sebanyak RM33 bilion, menurun sedikit berbanding RM35.4 bilion yang dicatat pada 2011 ekoran penurunan permintaan dari China.
Daripada RM33 bilion, produk makanan menyumbang RM12 bilion kepada nilai eksport, manakala ramuan halal turut menyumbang hampir RM12 bilion.
Mengulas lanjut, Jamil berkata, industri ramuan halal dijangka memberi sumbangan besar kepada nilai eksport tahun ini berikutan meningkatnya keperluan bekalan bagi negara yang mengeluarkan produk makanan halal.
Malaysia kaya sumber
Katanya, Malaysia menjadi destinasi berpotensi untuk mengembangkan rantaian bekalan ramuan halal bersandarkan kepada kekayaan sumber minyak sawit yang menggantikan minyak haiwan dalam penghasilan makanan.
“Banyak negara yang mengeluarkan produk halal memerlukan ramuan ini dan ia berpotensi berkembang sejajar dengan peningkatan permintaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment