Sunday, April 7, 2013

Jenama baru tersenarai untuk Anugerah Putra

Anugerah Jenama Putra yang masuk edisi keempat tahun ini akan menyaksikan kenaikan 20 peratus dalam jumlah pemenang dan kemasukan beberapa jenama baru Malaysia dalam senarai akhir.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jenama-baru-tersenarai-untuk-anugerah-putra-1.147084
Published: April 07, 2013

Johnny Mun
            Johnny Mun

Anugerah penilaian jenama yang diukur menerusi kecenderungan pengguna itu dianjurkan Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A) dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Pengerusi penganjur Anugerah Jenama Putra, Datuk Johnny Mun berkata, anugerah itu memartabatkan jenama dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan berdasarkan kriteria yang diukur menerusi pilihan pengguna.

"Jenama yang ingin disenaraikan untuk anugerah ini perlu terus melabur dalam pemasaran untuk memastikan mereka terus mendapat tempat dalam minda pengguna.

“Cara mendekati dan melibatkan pengguna juga telah berubah sepanjang satu dekad lalu dan terus berubah seiring perkembangan media dan kemajuan teknologi digital,” katanya.

Anugerah Jenama Putra 2013 akan berlangsung pada 26 April depan di Kuala Lumpur dengan penerima anugerah tersebut akan dipilih oleh 6,000 responden dari seluruh negara menerusi kaedah penyelidikan yang rapi.

No comments: