HANNOVER, 12 April (Bernama) -- Kulim Technology Park Corp Sdn Bhd dari
Kulim telah menyokong perusahaan kecil dan sederhana untuk meneroka
pasaran asing menerusi penyertaan mereka dalam pameran dagangan
teknologi tinggi seperti Pameran Perindustrian Hannover, yang
berlangsung dari 8 April hinggan 12 April.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=941598
Published: April 14, 2013
Naib Presiden syarikat, Annuar Mohd Saffar, kini mengunjungi pameran
Hannover untuk memantau dan membimbing empat syarikat yang dibawa oleh
Kulim Technology Park ke Hannover untuk mempamerkan produk mereka.
"Saya berharap, seperti tahun-tahun lepas, empat syarikat ini akan
mendapat banyak peluang perniagaan. Hannover bukan tempat untuk hanya
mendapat perniagaan dari Jerman, ia juga membuka peluang antarabangsa,"
kata Annuar dalam satu wawancara dengan Bernama di Pavilion Malaysia di
pameran itu.
Sementara itu, Annuar memberitahu, Kulim Technology Park kini memasuki fasa keempat pembangunannya.
"Kulim mengamalkan strategi serampang dua mata. Satu adalah untuk
menarik syarikat asing untuk mewujudkan operasi di Kulim dan yang kedua
adalah memberi sokongan kepada PKS Malaysia untuk berkembang dengan
mengambil bahagian dalam pameran dagangan asing," kata Annuar.
Kulim Technology Park mula menyertai Pameran Perindustrian Hannover semenjak empat tahun lepas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment