Thursday, April 18, 2013

Pulangan RM12 juta - Kaisar Venus

Kuala Lumpur: Kaisar Venus (M) Sdn Bhd (Kaisar Venus) syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk kesihatan yakin untuk menambah bilangan ahlinya kepada 10,000 orang sekali gus menyasarkan pulangan sebanyak RM12 juta menjelang akhir tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PulanganRM12juta/Article/index_html
Published: April 18, 2013

Pengarah Urusan Kumpulannya Norazam Shah Ibrahim berkata, pihaknya percaya jumlah itu dapat dicapai memandangkan setiap bulan syarikat menerima antara 300 hingga 500 pendaftaran ahli baru Kaisar Venus selain akan mengadakan pameran bergerak di seluruh negeri bermula dengan Sungai Petani, Kedah.

Katanya, bagi memastikan sasaran Kaisar Venus tercapai, pihaknya juga menggunakan pendekatan perniagaan e-dagang di dalam era digital masa kini dengan satu sistem pelan pampasan yang menjanjikan pulangan tinggi dan praktikal.

“Kami menggabungkan konsep perniagaan tradisional dan konvensional mengikut arus moden masa kini, malah bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Kaisar Venus, kami memberi tunjuk ajar bagaimana menjalankan perniagaan melalui laman sosial Facebook serta sentiasa mengadakan latihan keusahawanan.

“Selain mempunyai sistem perniagaan yang mudah dan menguntungkan, produk keluaran Kaisar Venus juga berkualiti, berkesan, halal serta ditawarkan dengan harga mampu milik supaya dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat negara ini,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Menurutnya, syarikat bukan saja mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan tempatan tetapi juga luar negara dan menyasarkan untuk menembusi pasaran Indonesia, Thailand dan Brunei dengan lebih menyeluruh tahun ini.

No comments: