Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM10jbantuPKSSabah_Sarawak/Article/
Published: April 08, 2013
SME Corp penuhi permintaan usahawan dua negeri
“Kami di SME Corp sentiasa memastikan semua usahawan di negara ini termasuk di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu tidak terlepas pandang supaya program yang dirangka lebih menyeluruh dan berkesan.
Peruntukan khusus
“Ketika mesyuarat yang berlangsung di Sabah dan Sarawak baru-baru ini, komuniti usahawan ini meminta kami menyediakan peruntukkan khusus kepada mereka dan kami bersetuju menyediakan minimum RM10 juta supaya ia dapat digunakan sepenuhnya,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Hafsah berkata, penyediaan peruntukkan itu adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan pembelian mesin dan program pembangunan perniagaan menerusi pensijilan yang diiktiraf.
Insentif khusus
Katanya, pensijilan halal adalah antara isu penting yang perlu ditekankan kerana kebanyakan PKS di Pantai Timur itu terbabit dalam industri kecil-kecilan seperti pembuatan makanan.
“Ada di antara mereka tidak tahu berhubung sijil halal ini dan manfaat boleh dapat jika memiliki sijil ini, maka kami perlu menggiatkan lagi usaha memberikan pemahaman secara menyeluruh,” katanya.
Usaha membangunkan komuniti PKS di Sabah dan Sarawak turut ditekankan di bawah Pelan Induk PKS 2012-2020 yang menyediakan empat insentif khusus berdasarkan persekitaran perniagaan dan geografi unik di sana.
No comments:
Post a Comment