Published: on 22 April 2012
Jenama dan kelainan aiskrim goreng Fit3 dalam lima perasa kini berjaya menambat hati kebanyakan pelanggan sehingga kuantiti pengeluaran setiap bulan secara puratanya mencecah 15,000.
Bernaung di bawah syarikat pengeluar makanan sejuk beku Bumiputera, Cemerlang Fitry, meraih purata perolehan setiap bulan RM50,000 walaupun pemasaran utamanya di Johor.
Pengasasnya, Norlida Mohd Nor berkata, pelanggan boleh mendapatkan aiskrim goreng dengan lima perasa utama iaitu coklat, jagung, keladi, strawberi dan vanila.
“Setiap pek mempunyai tiga perisa yang berlainan dan ia dijual dengan harga RM6. Penuh dengan aiskrim, rangup, tidak berminyak dan mengenyangkan menjadi daya tarikan kepada pelanggan.
“Mula menjalankan perniagaan sejuk beku sejak 2007, tetapi Cemerlang Fit3 semakin aktif sejak 2009 walaupun pemasaran lebih banyak dilakukan sekitar Johor.
Menurutnya, sehingga kini, lokasi pemasaran melibatkan kebanyakan kawasan termasuk karnival, ekspo, pasar mini dan pelbagai acara dan tidak hanya tertumpu di dalam Malaysia sahaja tetapi mendapat tempahan dari Singapura dan Australia.
Norlida berkata, tempahan luar negara terpaksa ditolak kerana kapasiti pengeluaran sedia ada tidak mampu menampung permintaan.
“Cemerlang Fitry bercadang melebarkan sayap dengan membuka empat kiosk dan melaksanakan ‘Projek Payung’ yang dapat membantu kelompok ibu tunggal mengeluarkan produk untuk syarikat kami,” katanya.
No comments:
Post a Comment