Friday, April 13, 2012

Kunjungan ke Surabaya tepat

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kunjungan-ke-surabaya-tepat-1.39310

Published: on 13 April 2012
ONG BOON TECK

Perpit
$entry.content.caption.value

SURABAYA – Keputusan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Dr Mustapa Mohamed membawa rombongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia untuk belajar daripada usahawan-usahawan yang berjaya di Surabaya adalah tepat dan bijak.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dengan adanya peluang yang diberikan, usahawan-usahawan PKS yang muda ini boleh menimba pengalaman bagi meningkatkan perniagaan yang diterokai mereka.

“Saya harap usahawan-usahawan di Surabaya yang dianggap ‘sifu’ ini boleh membimbing mereka sebaik mungkin. Mereka memerlukan bantuan dan bimbingan kerana masih mentah dan belum pandai dalam dunia perniagaan,” kata Hussamuddin pada majlis makan malam bersama ahli-ahli Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghua (PERPIT), di sebuah hotel terkemuka di sini.

Turut hadir, Mustapa; Director Jawa Pos, Nany Wijaya; Ketua Yayasan Bhakti Persatuan, Ridwan S Hardjono dan Ketua Koordinator Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghua, Liem Ou Yen. 

Mengimbau pengalaman sendiri, Hussamuddin turut mendedahkan kepada hadirin bagaimana beliau mula-mula belajar berniaga dengan kalangan peniaga Cina yang mana, lokasi kedai milik ayahnya dikelilingi hampir 98 peratus pekedai-pekedai Cina.

Dalam ucapan yang ringkas tapi bernas itu, Hussamuddin turut tidak ketinggalan mengundang usahawan-usahawan di Surabaya ke Malaysia kerana sememangnya Malaysia dan Indonesia adalah serumpun.

“Saya percaya Indonesia paling disayangi Tuhan kerana dianugerahkan sumber alam semula jadi yang kaya malahan telah melahirkan usahawan-usahawan yang cukup terkenal dan berjaya,” katanya.

No comments: