Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
Published: on 06 April 2012
KUALA LUMPUR 5 April - Sebanyak 30 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam perniagaan diod pemancar cahaya (LLD) / pencahayaan keadaan pepejal (SSL) berpeluang untuk muncul sebagai lima syarikat gergasi tempatan dalam industri itu melalui Program Hijau LED.
Program itu adalah hasil inisiatif kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta kerjasama Green Technology Corporation dan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).
Pengerusi SME Corp. Malaysia (SME Corp), Datuk Ir. Mohamed Al Amin Abd. Majid berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk tujuan tersebut.
Menurut beliau, Program Hijau LED itu bertujuan membantu PKS dengan insentif-insentif pakej dalam dua skop.
Skop pertama ialah menyalurkan dana pembangunan atau pembaikan aktiviti-aktiviti melalui produk SSL dan skop kedua pula menyediakan insentif bagi menyediakan bantuan bagi pembelian dan pembaikan dalam perkakasan pembuatan, percubaan, pemprosesan atau teknik pemantauan bagi memperoleh sijil-sijil antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Hafsah Hashim menjelaskan, bagi pembelian mesin automasi bertahap tinggi, kerajaan akan menawarkan geran sebanyak 30 peratus dengan modal sebanyak RM800,000 bagi syarikat-syarikat yang berjaya mendapat pinjaman bagi pembelian mesin-mesin tersebut.
Menurut Hafsah, kemudahan jaminan kredit akan juga ditawarkan oleh kerajaan di bawah Skim Dana Teknologi Hijau (GTTFS).
No comments:
Post a Comment