Published: on 26 April 2012
NORHANA FARIZA HARUN
Dalam memberi pengiktirafan ke atas produk dan jenama pilihan ramai pengguna, Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) buat kali ketiga menyampaikan 87 trofi sempena penganjuran Putra Brand Awards 2012.
Acara tahunan itu turut mendapat kerjasama daripada Jenama Paling
Berharga Malaysia (MMVB), disokong Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM),
Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persatuan Pakar Media (MSA)
serta disahkan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui majlis
pengiktirafan sebegini, diharap lebih banyak syarikat terutama produk
tempatan akan melabur dalam membina jenama, meluaskan perniagaan
seterusnya mendekatkan diri bersama pengguna dengan cara baru yang lebih
menarik.
“Di Malaysia khususnya, kita mempunyai kejayaan tersendiri. AirAsia
adalah salah satu contoh jenama paling mengagumkan bukan sahaja dalam
malah luar negara. Selain itu, jenama lain seperti Petronas, DiGi, Maxis
dan Celcom juga kini sedang mengembangkan kehadirannya bagi
meningkatkan pengiktirafan antarabangsa.
“Adalah penting untuk kita membangunkan industri kreatif dalam memartabatkan lagi jenama tempatan ke arah global,”katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
“Adalah penting untuk kita membangunkan industri kreatif dalam memartabatkan lagi jenama tempatan ke arah global,”katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Putra Brand Awards 2012 menyaksikan Astro mengungguli kategori utama
iaitu diiktiraf Jenama Tahunan Putra ekoran inovasi terbaik ditunjukkan
dan memenuhi tanggung jawab sosial korporatnya.
Dua lagi kategori utama iaitu Jenama Harapan Tahunan Putra dinobatkan
kepada jenama fesyen dan aksesori terkenal, Bonia, Syarikat penerbangan
komuniti, FireFly, produk kesihatan, Ogawa, barangan elektrik dan
elektronik, Pensonic, dan jenama kasut dan aksesori, Vincci. Manakala
kopitiam, Old Town White Coffee memenangi Jenama Harapan Tahunan Putra
(Emas).
Sen Q pula memenangi anugerah bagi kategori Jenama Perusahaan Kecil
Sederhana (PKS) Tahunan Putra. Sebanyak 20 kategori dipertandingkan dan
setiap kategori diiktiraf emas, perak dan gangsa yang dipilih kira-kira
6000 pengguna melalui kajian dengan kaedah khusus yang dibangunkan
Kumpulan Pulse.
No comments:
Post a Comment