Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ProgramHSBCYECtawarhadiahlumayan/Article/index_html
Published: on 10 April 2012
DALAM usaha menggalakkan golongan pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) memiliki semangat keusahawanan, HSBC Bank Malaysia Berhad
memperkenalkan program HSBC Young Entrepreneur Challenge (HSBC YEC) yang
menawarkan hadiah lumayan iaitu program inkubator Incu-Tech/Inc-Bio di
Hong Kong.
Ketua Kumpulan Komunikasi dan Korporatnya, Marlene Kaur berkata,
program itu adalah usaha HSBC dalam menggalakkan lebih ramai golongan
pelajar menceburi bidang keusahawanan.
“Program ini sudah
masuk tahun ke-11 dan kami mengharapkan penyertaan lebih ramai pelajar.
Malah, tahun ini juga kami bekerjasama dengan SIFE Malaysia yang
mempunyai rangkaian pelajar tersendiri,” katanya.
Menurutnya, tahun ini, pemenang akan menerima dana RM10,000 dan
pasukan yang memenangi anugerah emas akan bertanding dengan pemenang
dari lima negara serantau.
“Pada peringkat itu nanti,
pemenang ditawarkan hadiah HK$100,000 termasuk peluang memenangi
Anugerah Asia Technopreneur yang merangkumi wang tunai HK$20,000 dan
laluan pintas menyertai program inkubator Incu-Tech/Inc-Bio bernilai
HK$1.4 juta,” katanya.
Menurutnya, program itu diadakan
bertujuan membentuk golongan usahawan muda menghasilkan modul dan idea
perniagaan yang berkualiti.
“Kami turut memberi bantuan kepada semua peserta untuk menghasilkan
projek berkualiti dengan bantuan daripada rakan korporat lain,” katanya
sambil menambah tarikh tutup untuk penyerahan kertas kerja adalah pada
30 April ini.
No comments:
Post a Comment