Wednesday, February 6, 2013

SME Corp Sasarkan 50 PKS Diperakui Menjelang Akhir Tahun

SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyasarkan penyertaan 50 perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam program pensijilan 1-Innocert (1-Innovation Certification for Enteprise Rating and Transformation) bagi tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=926132
Published: February 06, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-corp-sasar-penyertaan-50-pks-1.128547
Published: February 06, 2013

SME Corp sasar penyertaan 50 PKS
Dari kiri: Fadzilah, Al Amin dan Parama Iswara melakukan gimik 
pelancaran pada majlis prapelancaran Anugerah Inovasi PKS 2013 
di Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusinya, Datuk Ir Mohamed Al Amin Abd Majid berkata, sehingga kini terdapat 17 syarikat tempatan yang memohon untuk mendapatkan pensijilan tersebut di mana pengiktirafan itu akan membolehkan mereka menyertai Anugerah Inovasi PKS 2013.

Menurutnya, SME Corp bercadang untuk menganjurkan lima sesi penerangan sepanjang Februari hingga Mac 2013 bagi memberi maklumat lebih lanjut kepada usahawan yang berminat menyertai 1-Innocert sekali gus merealisasikan sasaran yang ditetapkan.

“PKS yang menerima pensijilan 1-Innocert akan diberi keutamaan daripada aspek bantuan pembiayaan dan program pembangunan,” katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Anugerah Inovasi PKS di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Pengarah Pem-bangunan Perniagaan Kanannya, Fadzilah Ahmad Din dan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Sistem Pengurusan Pensijilan Sirim QAS International Sdn Bhd, Parama Iswara Subramaniam.

Majlis itu turut menyaksikan penganjuran taklimat tentang program tersebut di samping penerangan mengenai Anugerah Inovasi PKS 2013 kepada lebih 150 PKS tempatan.

1-Innocert merupakan program pemerakuan yang digunakan untuk mengiktiraf dan memperakui perusahaan inovatif dan PKS di samping menggalakkan usahawan untuk menceburi bidang teknologi tinggi dan industri yang dipacu oleh inovasi.

Beliau berkata, program itu sudah pun dijalankan selama tiga tahun (2010-2012) dan ketika ini, ia berjaya memberi pengiktirafan kepada 115 syarikat dengan 46 peratus terdiri daripada syarikat Bumiputera.

“Program 1-Innocert merupakan salah satu daripada enam Program Impak Tinggi Pelan Induk PKS yang direka untuk mengatasi halangan pasaran dan menyediakan bantuan bersesuaian bagi pertumbuhan syarikat yang berpotensi tinggi," katanya.

Anugerah Inovasi PKS merupakan salah satu usaha SME Corp untuk mengiktiraf inovasi PKS tempatan sejak 2010.

Untuk tahun ini, mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1 juta bagi kategori PKS paling berinovatif.

No comments: