Wednesday, February 6, 2013

TERAJU Sasar Senarai Tiga Syarikat Bumiputera Tahun Ini

JOHOR BAHARU, 5 Feb (Bernama) --Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Jabatan Perdana Menteri menyasarkan untuk menyenaraikan tiga syarikat Bumiputera di bursa saham pada tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=926154
Published: February 06, 2013

Ketua eksekutifnya Husni Salleh berkata, tiga syarikat itu merupakan tambahan kepada tujuh syarikat Bumiputera yang telah berjaya disenaraikan sejak TERAJU dilancarkan pada 2 Feb 2011.

Tujuh syarikat Bumiputera yang disenaraikan itu memiliki jumlah nilai modal keseluruhan sebanyak RM970 juta.

"Pada tahun ini kita harapkan untuk menyenaraikan tiga buah syarikat Bumiputera menerusi Skim Jejak Jaya TERAJU," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Jejak TERAJU Iskandar Malaysia di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor di sini, Selasa.

Majlis Jejak TERAJU Iskandar Malaysia itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan turut dihadiri Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Datuk Ismail Ibrahim.

Menurut Husni, pihaknya telah mengenal pasti 30 syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk disenaraikan di bursa saham dan akan terus membantu mereka mencapai matlamat untuk disenaraikan.

-- BERNAMA 

No comments: