Wednesday, February 27, 2013

Bandar inovatif i-Park for SME

KULAIJAYA 26 Feb. - Axis AME IP Sdn. Bhd. (Axis+AME) merancang membina kawasan perindustrian paling inovatif bertaraf dunia berkonsepkan hijau dan bersih, i-Park-SME City di Indahpura di sini dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM600 juta.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130227/ek_01/Bandar-inovatif-i-Park
Published: February 27, 2013


Stewart Labrooy (kanan) bersama pengurusan kanan Axis+AME melihat model bangunan pada majlis sidang akhbar di i-Park-SME City, Taman Indahpura, Kulaijaya, semalam.

Axis+AME adalah syarikat kerjasama antara Axis Group, syarikat amanah pelaburan hartanah pertama disenaraikan di Bursa Malaysia menerusi Axis-REIT, manakala AME Group merupakan syarikat yang mempunyai rekod dalam menawarkan tempat industri terutamanya di Johor.

Pengarah Eksekutif Axis+AME, Datuk Stewart Labrooy berkata, i-Park-SME City akan dibina di atas tanah seluas 50.58 hektar, masing-masing i-Park dengan keluasan 34.4 hektar dan SME City di 16.2 hektar.

Menurutnya, i-Park-SME City merupakan projek fasa ketiga kesinambungan pembinaan projek i-Park@Indahpura yang melibatkan tanah seluas 93 hektar yang kini berjaya disiapkan dalam tempoh 12 bulan.

"Bagi projek i-Park-SME City pula, pelancaran rasminya akan dibuat dalam masa terdekat dan pembinaan kawasan tersebut dijangka siap pada 2014," katanya pada taklimat media tentang projek itu di i-Park@Indahpura, di sini hari ini.

Labrooy mengakui gembira dengan penubuhan syarikat usahasama tersebut, terutamanya dalam usaha mewujudkan sebuah kawasan perindustrian bertaraf dunia, sekali gus menarik lebih banyak syarikat multinasional untuk beroperasi di sini.

Beliau berkata, lokasi i-Park@Indahpura yang terletak di kawasan Zon E Iskandar Malaysia yang mempunyai pelbagai kemudahan dan jaringan jalan yang baik juga memainkan peranan untuk pembangunan projek yang dilihat ideal menjadi pusat perniagaan.

"Selain itu, i-Park-SME City itu juga dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV), pengawal keselamatan dan dibina di kawasan berpagar dengan menekankan konsep hijau dan bersih serta mempunyai landskap menarik," katanya.

Beliau yakin pembinaan i-Park-SME City mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan peluang pekerjaan, peningkatan permintaan bagi perumahan dan lot komersial, terutamanya di kawasan Kulaijaya.

No comments: