Wednesday, February 13, 2013

Iman, Hilal tembusi pasaran antarabangsa

Alor Setar: Produk makanan segera jenama Iman dan Hilal milik syarikat Zinon Food Industry makin berkembang pesat dan kini mampu menembusi pasaran antarabangsa seperti Brunei, Ireland, Arab Saudi, Australia, Singapura dan China, hasil khidmat nasihat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iman_Hilaltembusipasaranantarabangsa/Article/index_html
Published: February 13, 2013

Pemiliknya, Zinol Abidin Daud berkata, selain khidmat nasihat, dia juga mendapat dua jenis bantuan daripada NCIA iaitu peruntukan membangunkan sumber bahan mentah daripada hasil pertanian dan peruntukan kilang.

Melalui peruntukan membangunkan sumber bahan mentah, dia kini mengusahakan tanah seluas 40.4 hektar di Sungai Senam, Sik bagi menanam pokok kari, limau purut, serai, kantan, daun kesum dan rebung madu.

“Pada tahun ini, semua tanaman itu akan mengeluarkan hasil. Selain menjadi pusat mengeluarkan hasil, ia juga berperanan sebagai pusat pemprosesan bahan mentah serta menjadi pusat belian hasil daripada penduduk kampung berdekatan,” katanya.

No comments: