Tuesday, February 12, 2013

CVE Sports Rancang Labur RM100,000 Tambah Dua Cawangan

KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Bernama) -- Commercial Ventures Enterprise (CVE Sports), syarikat pembekal barangan sukan milik penuh bumiputera merancang melabur kira-kira RM100,000 untuk menambah cawangannya dalam masa terdekat ini bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=927216
Published: February 12, 2013

Pengurusnya Paudzi Mohamad berkata syarikat itu menyasar membuka dua cawangan masing-masing di Kemaman dan Besut memandangkan kedudukan daerah-daerah itu yang bersempadan dengan Pahang dan Kelantan.

"Kita akan mencari kawasan dan premis yang strategik sebelum mewujudkan cawangan di daerah-daerah berkenaan," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual, di sini, Sabtui.

CVE Sports yang ditubuhkan pada April 2007 dengan modal awal sebanyak RM20,000 merupakan pembekal yang dilantik kepada beberapa syarikat pengeluaran barangan dan pakaian sukan terkenal seperti Kappa, Adidas, Nike, Line 7, Brokes, Eutag dan banyak lagi.

Paudzi berkata pelantikan itu membolehkan syarikat memasarkan produk serta perkhidmatannya ke seluruh Terengganu dan negeri-negeri pantai timur lain sejajar dengan misinya untuk menjadi pembekal utama peralatan dan pakaian sukan ke sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi kerajaan di pantai timur.

-- BERNAMA

No comments: