Wednesday, February 13, 2013

Pengeluar sos teroka produk kopi baru

Pengeluar sos dari Kelantan, MH Mohd Industries Sdn Bhd, meneroka pembuatan produk kopi baru dalam usaha meningkatkan pendapatan syarikat sekurang-kurangnya 20 peratus tahun ini kepada lebih RM2.4 juta. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengeluarsosterokaprodukkopibaru/Article
Published: February 13, 2013

Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Muhamad Yussof, berkata beliau yakin campuran kopi tiga dalam satu "tunjuk langit dan gano barunya di bawah jenama "MH Mohd" akan menjana pendapatan baru bagi syarikat itu.

“Kami mempunyai rancangan jangka panjang untuk memasarkan kopi kami di pasar raya dan pasar raya besar. Bagaimanapun ini agak mencabar kerana peruncit mahukan rekod prestasi produk yang berjaya.

“Kami percaya kami boleh mencapai matlamat jangka panjang kami dengan bekerja lebih keras lagi," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Muhamad berkata, kopi MH Mohd kini diedarkan menerusi pengedar di Kelantan dan syarikat itu mengambil tempahan menerusi surat dan menghantar menerusi perkhidmatan kurier.

Kopi MH Mohd dikilangkan secara kontrak oleh Technology Park Malaysia (TPM) Biotech Sdn Bhd di pusat bioteknologi di Raub.

No comments: