Tuesday, March 13, 2012

Rancang buka 16 kedai D’ Mart

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rancangbuka16kedaiD__8217_Mart/Article/index_html

Published: on 13 March 2012

FELDA Trading Sdn Bhd (Felda Trading) menyasarkan membuka 16 kedai D’ Mart iaitu kedai runcit yang menjual pelbagai barangan pada harga patut termasuk di Sabah dan Sarawak sepanjang tahun ini.
Pengarah Eksekutifnya, Eimir Huzaimi Md Noh berkata, ketika ini sebanyak 240 kedai D’ Mart yang menjual barangan keluaran Felda Trading sudah dibuka di seluruh negara dengan 20 daripadanya beroperasi di Perak.

Beliau berkata, kedai D’ Mart adalah sebahagian daripada milik Koperasi Permodalan Felda Bhd dan menjual barangan pada harga lebih murah kerana mendapat bekalan dari Felda Trading yang kini mengeluarkan 29 jenis barangan keperluan harian termasuk makanan dan barangan penjagaan diri.
“Jenis bilangan barangan ini dijangka meningkat kepada 40 mulai bulan ini dan 100 jenis pada Jun manakala 150 jenis lagi menjelang akhir tahun ini.

“Kami mengadakan kerjasama dan usahasama dengan pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengilang dan pertubuhan koperasi yang berkemampuan menghasilkan produk bermutu dan dijamin halal,” katanya merasmikan kedai D’ Mart Kamunting, baru-baru ini.

oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe di Kamunting, Perak, baru-baru ini.

No comments: