Friday, March 16, 2012

Kerjasama pemasaran strategik

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kerjasamapemasaranstrategik/Article/index_html

Published: on 16 March 2012

TREND Micro Malaysia Sdn Bhd (Trend Micro) menjalin kerjasama strategik dengan tiga rakan niaga platinumnya iaitu CSC Malaysia Sdn Bhd, HeiTech Padu Berhad dan Mesiniaga Berhad sebagai sebahagian daripada Program Afiniti baru untuk memenuhi keperluan segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Sehubungan dengan itu, penyedia perkhidmatan rumusan dan perisian keselamatan global itu menyasarkan pertumbuhan perolehan 35 peratus bersandarkan pengenalan pelbagai produk untuk pelbagai segmen penggunaan itu bermula 2012 hingga 2014.

Tiga pengenalan produk baru dijangka dilakukan tahun ini dalam segmen perisian, keselamatan perkomputeran cloud, rumusan bersiri dan pada masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan perolehannya dalam tempoh tiga tahun.
Pengarah Urusan Rantau Asia Tenggaranya, Goh Chee Hoh berkata, pemasaran produk baru bakal dibantu tiga rakan platinum itu yang dijangka mampu menarik pelanggan di kalangan pengguna pertengahan dan korporat seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Ketika ini kami menjadi syarikat paling berpengaruh dalam segmen keselamatan perkomputeran cloud di Malaysia dan dengan kerjasama pemasaran bersama tiga syarikat ini dijangka terus memperkukuhkan kedudukan kami di pasaran tempatan. “Selain itu, kerjasama ketiga syarikat itu bersama Trend Micro dalam penyediaan perkhidmatan rumusan, keselamatan perisian dan penyedia versi perisian terbaru syarikat dapat memperkenalkan lebih banyak produk berkualiti yang boleh dipasarkan kepada pengguna yang pelbagai seperti segmen korporat dan PKS pada masa depan,” katanya pada majlis menandatangani kerjasama dengan tiga syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

No comments: