Wednesday, March 14, 2012

Raih RM200,000 Burung Walet

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RaihRM200_000/Article/index_html

Published: on 14 March 2012
Oleh Mohd Amin Jalil
bisnes@hmetro.com.my

AL-FITRAH Jaya Marketing (Al-Fitrah), syarikat Bumiputera yang memasarkan produk sarang burung walet di Negeri Sembilan menyasarkan meraih nilai jualan sehingga RM200,000 sebulan dan melantik lebih 20 pengusaha menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Zamri Abu berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai walaupun syarikatnya baru meningkatkan keupayaan dua bulan lalu dan menerima saingan hebat usahawan bukan Bumiputera dalam perniagaan sama.

Beliau berkata, Al-Fitrah setakat ini memasarkan 10 produk berasaskan sarang burung walet, antaranya dua pati sarang burung walet dengan kismis, za’faran, madu dan ginseng serta kologen selain minuman sarang burung walet.
“Syarikat kini sudah memasarkan pelbagai produk sarang burung walet dengan jualan antara RM30,000 dan RM50,000 sebulan dan merancang meluaskan lagi rangkaian perniagaan ini dengan melantik ramai ejen jualan serta stokis di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

“Produk dipasarkan ini dijamin bersih kerana mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Menurutnya, pihaknya mempelawa lebih ramai usahawan terutama lepasan siswazah yang berminat untuk bekerjasama memasarkan produk itu dengan pakej menarik dan mampu membawa keuntungan tinggi.

Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan kelas bimbingan kepada usahawan baru bagi memastikan mereka tidak keseorangan dalam mencapai matlamat ditetapkan.

Katanya, produk burung walet amat baik untuk kesihatan termasuk mengatasi masalah paru-paru, batuk, selsema dan asma selain melancarkan sistem aliran darah.

No comments: