Thursday, March 8, 2012

Pakej bisnes kompetitif

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pakejbisneskompetitif/Article/index_html

Published: on 08 March 2012
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

UK Ice Blendz Sales & Marketing, pengeluar minuman air kisar komited melahirkan generasi usahawan Bumiputera berdaya saing apabila memperkenalkan Pakej Korporat dengan modal serendah RM100,000.
Pengarah Urusannya, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pihaknya akan melancarkan kios UK Ice Blendz di pusat membeli-belah terpilih dengan keluasan 10 hingga 15 kaki persegi.

Katanya, menerusi kios bagi Pakej Korporat UK Ice Blendz syarikat menyediakan modal berbayar dan produk dibekalkan selain memberi latihan serta bimbingan bagi memastikan perniagaan berjaya.
“Tahun ini, kami menyasarkan membuka 10 kios lengkap di pusat beli-belah terkemuka di Malaysia dengan lokasi permulaan di sekitar Lembah Klang dan kemudian ke Pantai Timur, Terengganu, Pahang dan Kelantan berikutan sudah mendapat permintaan.

“Jadi sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami untuk usaha sama ini dan selain itu sempena lapan tahun UK Ice Blendz, kami menyediakan promosi diskaun sehingga tiga peratus jika mengambil tiga pakej serentak iaitu Pakej Mudah dengan modal serendah RM2,999,” katanya.

Menurutnya, setakat ini UK Ice Blendz sudah mempunyai 1,800 rakan niaga di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Malah, pihaknya turut bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi memberi peluang kepada kakitangan koperasinya memulakan perniagaan.

Ahmad Muzakkir berkata, pihaknya juga mendapat kerjasama daripada Tekun Nasional Berhad untuk memberi pembiayaan bagi membantu golongan miskin dan ibu tunggal yang ingin menjana pendapatan dengan berniaga UK Ice Blendz.

“Kerjasama dengan Tekun Nasional adalah di bawah program Azam Tani dan ia masih terbuka kepada sesiapa yang layak dan mahu menjadi usahawan UK Ice Blendz dan sekarang kita sudah ada 15 rakan niaga menerusi program ini. Khalayak sasaran utama adalah bagi mereka yang berpendapatan rendah.
“Konsep perniagaan UK Ice Blendz sangat mudah dan mampu menjana pendapatan lumayan dan kami juga akan perluaskan UK Ice Blendz ke institusi tempatan awam di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.ukiceblendz.net atau e-mel kepada ukiceblendz@yahoo.com,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengalukan mana-mana sekolah yang ingin membuka kios UK Ice Blendz dengan memberi diskaun tiga peratus untuk pakej lengkap.

No comments: