Wednesday, March 28, 2012

39 syarikat Jenama Malaysia

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/39syarikatJenamaMalaysia/Article/index_html

Published: on 28 March 2012

SEBANYAK 39 syarikat mendapat pensijilan Tanda Kebangsaan Jenama Malaysia (Jenama Malaysia) dibangunkan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) bersama Sirim Qas International Sdn Bhd sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.
Pengerusi SME Corp, Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, pensijilan itu diberikan kepada syarikat berkenaan selepas melalui proses pengawasan dan audit yang ketat untuk memastikan pematuhan kepada standard kualiti ditetapkan.

“Melalui pensijilan dan pengiktirafan ini, penerima Jenama Malaysia dianggap sebagai sebagai wakil kami dan duta jenama Malaysia, malah benar-benar menjadi juara tempatan,” katanya pada sesi rangkaian bersama penerima Jenama Malaysia dan agensi berkaitan di Putrajaya, semalam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim.

Jenama Malaysia menggambarkan kualiti, kecemerlangan serta perbezaan produk dan perkhidmatan oleh syarikat tempatan, sekali gus mampu mengubah persepsi terhadap produk dikeluarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Mohamed Al Amin berkata, syarikat yang ingin mendapatkan pensijilan itu disyaratkan memperolehi kadar minimum tiga bintang melalui Program Penambahbaikan Penarafan Kompetitif PKS (Score).

No comments: