Monday, March 26, 2012

‘Kedai sehenti’

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012032600024120120326000241/Article/index_html

Published: on 26 March 2012
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

PEANUTEDDISM Trading, syarikat milik penuh Bumiputera yang memperkenalkan perkhidmatan barbeku menerusi dalam talian (online) mengorak langkah setapak lagi apabila merancang mengeluarkan produk sejuk beku sosej sendiri berikutan permintaan menggalakkan.
Pengasasnya, Mohd Nordin Mohd Surani berkata, walaupun tiga tahun memfokus dalam memberikan khidmat rundingan dalam bidang perniagaan masakan dan menyediakan pakej barbeku untuk pelbagai acara secara online, pihaknya kini merancang mempelbagaikan lagi produknya bagi pasaran rangkaian restoran yang berminat.

Beliau yang dikenali sebagai Chef Teddy berkata, ketika ini beliau hanya mengeluarkan produk makanan sejuk beku untuk pelanggan yang menempah pakej barbeku selain menawarkan perkhidmatan hantaran percuma.
“Kami komited menjadi kedai sehenti bagi produk dan pakej barbeku pertama di negara ini memandangkan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masakan serta minuman (F&B). Paling penting, kami mengutamakan kualiti serta rasa setiap hidangan barbeku disediakan.

“Selain itu, kami juga menyediakan khidmat perundingan meliputi semua bidang termasuk reka bentuk dapur, menu serta membantu usahawan yang tiada pengalaman tetapi ingin menceburi bidang F&B, sekali gus memaksimumkan keuntungan dan kecekapan mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menawarkan pakej barbeku untuk pelbagai perayaan dan acara bermula pada harga RM55 hingga RM75 seorang dengan pilihan daging kambing, ayam, itik, ayam Belanda, sosej Jerman, daging lembu, sate dan lain-lain.

No comments: