Friday, March 16, 2012

1-InnoCERT bantu pembangunan PKS

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm

Published: on 16 March 2012

KUALA LUMPUR 15 Mac - SME Corp. Malaysia memperkenalkan Persijilan Inovasi bagi Penarafan Enterpris dan Program Transformasi (1-InnoCERT) untuk membantu mengenalpasti dan memperakukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Timbalan Pengarahnya, Mohd. Izham Abdullah berkata, 1-InnoCERT akan menilai keupayaan organisasi untuk menginovasi, menghasil dan mengkomersialkan, serta mengukur keupayaan pengurusan untuk merancang, mengurus dan bertindak balas kepada perubahan dan inovasi.

"Objektif kami adalah untuk merangsang dan menyokong mereka untuk menjadi peserta global yang inovatif dan kompetitif.

"Dengan adanya persijilan 1-InnoCERT akan membantu sesebuah syarikat untuk terus berkembang maju dengan penghargaan dan penghormatan," katanya kepada pemberita di Persidangan PKS Ketiga ACCCIM di sini, hari ini.

Syarikat-syarikat dengan 1-InnoCERT layak bagi Polisi Green Lane yang membolehkan mereka menikmati kemudahan kewangan, insentif cukai dan pemerolehan kerajaan.

Beliau berkata, penting untuk menambah baik modul perniagaan PKS di Malaysia, kerana ia menyumbang 30 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara ketika ini. - BERNAMA

No comments: