Tuesday, August 7, 2012

WENA tubuhkan cawangan seluruh negara untuk tarik keahlian

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/wena-tubuhkan-cawangan-seluruh-negara-untuk-tarik-keahlian-1.74348

Published: August 09, 2012

KUALA LUMPUR - Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA) merancang menubuhkan cawangan di seluruh negara dalam masa dua tahun akan datang sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keahlian, kata presidennya Nuraizah Shamsul Baharin.

"Kami merancang untuk membangunkan usahawan wanita yang bergerak dalam industri mereka sendiri dan kami akan menumpukan kepada lima industri iaitu runcit dan perkhidmatan, makanan, kesihatan, pelajaran, serta, teknologi maklumat dan komunikasi.

"Kami kini mempunyai 282 anggota, dan dengan pelan pengembangan yang agresif, kami menyasarkan untuk menggandakan angka itu," katanya kepada pemberita pada 'Hari Perangkaian Anggota Baharu'.

Nuraizah berkata persatuan itu telah menerima sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dari segi membantu ahli memasuki pasaran luar negara, serta menjalankan program seperti Perogram Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP).

"Bagaimanapun, ramai ahli kami beroperasi sebagai syarikat perusahaan dan sekarang kami menyasarkan untuk menaikkan status syarikat mereka kepada 'Sdn Bhd' agar mereka boleh mengembangkan perniagaan mereka secara global," katanya.- Bernama

No comments: