Wednesday, August 29, 2012

Kategori baru anugerah francais diperkenal

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kategoribaruanugerahfrancaisdiperkenal/Article/index_html

Published: August 29, 2012

PERSATUAN Francais Malaysia (MFA) terus mengiktiraf mereka yang menyumbang ke arah membantu mewujudkan industri francais apabila mewujudkan kategori terbaru sempena Anugerah Francais Malaysia 2012 (AFM) bagi memberi peluang pengiktirafan kepada lebih ramai usahawan francais.

Pengerusi Penganjuran AFM, Datuk Dr Manjit Singh Sachdev berkata, kategori terbuka yang baru diperkenalkan itu membabitkan Majikan Francais Terbaik, Inovasi Francais Terbaik dan Tanggungjawab Sosial Korporat.

Katanya, malam AFM 2012 yang akan disempurnakan Penaung MFA, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 Oktober di Sunway Resort Hotel & Spa itu adalah kali ke-15 dianjurkan MFA, sekali gus memperlihatkan perkembangan positif perniagaan francais di Malaysia meskipun semasa kelembapan ekonomi.

“Ini sekali gus membuktikan konsep perniagaan francais diterima pakai semua pihak kerana mempunyai sistem kukuh dan mampu berdaya saing.

“Pengiktirafan anugerah ini juga terbuka kepada semua pemain industri francais di seluruh Malaysia sama ada mereka ahli MFA ataupun tidak dan paling penting peserta akan dinilai melalui beberapa kriteria serta prestasi yang dicapai,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

No comments: