Wednesday, August 8, 2012

Wena ganda usahawan wanita

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wenagandausahawanwanita/Article/index_html

Published: August 09, 2012

PERSATUAN Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Wena) merancang menubuhkan cawangan di seluruh negara dalam masa dua tahun akan datang sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keahlian.

Presidennya Nuraizah Shamsul Baharin berkata, pihaknya merancang membangunkan usahawan wanita yang bergerak dalam industri mereka sendiri dan menumpukan kepada lima industri iaitu runcit dan perkhidmatan, makanan, kesihatan, pelajaran, serta teknologi maklumat dan komunikasi.

“Kami kini mempunyai 282 anggota dan dengan pelan pengembangan yang agresif, kami menyasarkan untuk menggandakan angka ini,” katanya pada Hari Perangkaian Anggota Baru di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, persatuan itu sudah menerima sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk membantu ahli memasuki pasaran luar negara serta menjalankan Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP). - Bernama

No comments: