Wednesday, August 29, 2012

MFA galak lebih ramai golongan muda jadi usahawan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mfa-galak-lebih-ramai-golongan-muda-jadi-usahawan-1.79745

Published: August 29, 2012

KUALA LUMPUR - Persatuan Francais Malaysia (MFA) menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi usahawan dengan menubuhkan francais mikro bagi jenama tempatan pada kos sehingga serendah RM50,000.
  
Setiausaha Agung MFA Mohamad Shukri Salleh berkata ini merupakan sebahagian daripada matlamat persatuan itu untuk melahirkan lebih ramai usahawan bagi produk tempatan dan juga antarabangsa.
  
"Kerajaan akan membantu mereka yang berminat dalam industri ini, dan setakat ini kami memiliki lebih daripada 600 francais, manakala kira-kira 48 jenama tempatan kita boleh di dapati di 50 negara berbeza.
  
"MFA juga menyasar produk tempatan menembusi dengan lebih meluas lagi di empat negara iaitu Indonesia, India, China dan Timur Tengah," katanya pada taklimat media mengenai Anugerah Francais Malaysia 2012 Ke-15 MFA yang akan diadakan pada 23 Okt depan.
  
Antara produk tempatan yang telah membentuk francais di pasaran antarabangsa ialah Secret Recipe, Marry Brown dan Nelson's, katanya.
  
Pengerusi Penganjur anugerah itu, Datuk Dr Manjit Singh Sachdev berkata pencalonan bagi anugerah tersebut dibuka secara rasmi hari ini dan akan ditutup pada 28 September bagi peserta industri francais tempatan untuk menyerahkan penyertaan dalam lima kategori: Francasis Terbaik Tahun Ini, Kategori Sistem Francais, Kategori Terbuka, Kategori Francais dan Kategori Khas.
  
"Kami mempunyai jawatankuasa bebas untuk menilai semua francais ini termasuk Sirim, Perbadanan Produktiviti Malaysia, wakil daripada sektor perbankan, Perbadanan Harta Intelektual dan profesor serta pensyarah daripada universiti," katanya.  - Bernama

No comments: