Tuesday, August 7, 2012

PARTNER fasa kedua akan dilancar

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120807/ek_04/PARTNER-fasa-kedua-akan-dilancar

Published: August 09, 2012

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dijangka melancarkan program PARTNER fasa kedua pada suku keempat tahun ini.

PARTNER merupakan inisiatif bagi meningkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan pelanggan perbankan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Antara draf awal PARTNER fasa kedua itu membabitkan penambahbaikan fasa pertama khususnya bagi memendekkan tempoh mendapatkan pembiayaan daripada bank kepada PKS bagi kes biasa serta memudahkan proses pembiayaan bagi kes luar biasa khusus yang melibatkan kelulusan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. (CGC).

Selain itu, ia turut membabitkan penyelesaian isu ketelusan bank yang mana mereka tidak menyatakan sebab mengapa permohonan pembiayaan PKS ditolak.

Draf itu dibincangkan semasa berlangsungnya seminar yang diadakan oleh persatuan itu bersama PKS, kumpulan perniagaan dan perbankan di Sabah, hari ini.

Program PARTNER fasa pertama telah dilancarkan pada 2010 iaitu sebagai medium menghubungkan peniaga dan kumpulan perbankan dalam menyelesaikan beberapa isu berbangkit.

No comments: