Thursday, May 17, 2012

Saran wujud mekanisme R&D PKS

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SaranwujudmekanismeR_DPKS/Article/index_html

Published: on 17 May 2012

BEKAS Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme khas penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dapat digabungkan sekali gus menjadi sumber terutama bagi syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperoleh kemahiran dan kemudahan untuk membangunkan produk, perkhidmatan atau teknologi yang membolehkan mereka melangkah ke peringkat lebih tinggi.

“Bagi menjadi negara maju berpendapatan tinggi, syarikat PKS perlu melakukan inovasi dan sofistifikasi perniagaan. Untuk berinovasi, mereka perlukan modal.

“Saya harap selain dana inovasi sedia ada, wujud mekanisme khas R&D yang digabungkan sebagai sumber terutama bagi PKS memperoleh kemahiran dan kemudahan membangunkan produk, perkhidmatan atau teknologi,” katanya selepas menyampaikan ceramah Peranan PKS dalam Mewujudkan Ekonomi Berpendapatan Tinggi di Kuala Lumpur, semalam.

No comments: