Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm
Published: on 20 May 2012
KANGAR 19 Mei - Sebanyak 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
dijangka dibuka di seluruh negara sehingga akhir tahun ini, berikutan
sambutan memberangsangkan daripada pengguna terhadap kedai itu yang
menawarkan harga barangan pada kadar rendah.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Dr.
Ameer Ali Mydin berkata, setakat ini sebanyak 36 buah cawangan KR1M
telah beroperasi di seluruh negara dan terbaru pembukaan kedai berkenaan
di Bintong dekat sini.
"Ini termasuk pembukaan cawangan KR1M di Kuching, Sarawak dan Kota
Kinabalu, Sabah pada Julai ini," katanya pada sidang akhbar selepas
perasmian kedai berkenaan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa
Sabu di Bangunan Serbaguna, Mukim Wang, Bintong di sini hari ini.
KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
untuk membantu rakyat membeli barangan pada harga murah dengan MYDIN
diberi amanah menjalankan operasi kedai berkenaan.
Menurut Ameer, pihaknya menyasarkan setiap daerah atau kawasan
parlimen di setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai
seumpama itu.
No comments:
Post a Comment