Source From (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FirmaMalaysiaperlurebutpeluangjadipengedarMAKRO/Article
Published: on 21 May 2012
MAKRO, kelab gudang Belanda dengan rangkaian cawangan di Brazil dan di
Amerika Selatan, kini aktif mencari pembekal alternatif baru.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam
kenyataannya berkata, rangkaian global itu sedang mengenal pasti
pengedar yang boleh dipercayai, yang dapat membantu dan memperkenal
barangan import baru ke pasaran berkenaan.
Ini termasuk barangan plastik seperti bekas makanan, kotak simpanan,
produk kayu seperti penyangkut baju, barangan kaca, porselin dan logam
serta utiliti plastik serta tikar getah.
India dan China adalah pembekal terbesar barangan terbabit pada masa ini.
MATRADE berkata, syarikat Malaysia wajar mengkaji peluang untuk
meneroka pasaran berkenaan yang mempunyai penduduk lebih daripada 200
juta orang.
Kerajaan Brazil baru-baru ini mengumumkan pakej rangsangan
berjumlah AS$33 bilion bagi menyokong sektor industrinya menerusi
potongan cukai dan kadar faedah rendah.
“Ini bertujuan membantu bank komersial meluaskan sokongan kewangan
mereka pada kadar faedah rendah, dan seterusnya memberi manfaat kepada
usahawan kecil dan sederhana (PKS) menerusi peningkatan daya saing,”
kata MATRADE,
Imbuhan secara meluas itu termasuk pemansuhan cukai gaji sebanyak
20 peratus, kadar cukai yang rendah untuk industri tekstil, peralatan
auto, barangan modal, plastik, peralatan elektrik, kenderaan komersial,
syarikat industri perkapa-lan dan penerbangan, hotel dan sektor cip
komputer.
“Cukai pendapatan kasar satu peratus untuk industri dan dua
peratus untuk sektor perkhidmatan pula menggantikan regim percukaian
sebelumnya.
“Pengeksport dan pelabur Malaysia digalakkan memahami bagaimana
struktur percukaian baru ini akan memberi impak ke atas aktiviti
perniagaan mereka,” kata MATRADE.
No comments:
Post a Comment