Sunday, May 20, 2012

350 PKS sertai Smidex 2012

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/350-pks-sertai-smidex-2012-1.49331

Published: on 20 May 2012
CONNIE S MONICAL

Perbadanan Peru­­sahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp Malaysia) menyasarkan peningkatan­ jualan 20 peratus berbanding RM194.7 juta jumlah tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, jumlah penjanaan itu dikumpul menerusi Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terbesar (Smidex 2012) ke-15 yang berlangsung 20 hingga 22 Jun ini.

“Pameran tahun ini akan disertai lebih 350 tapak pameran, 200 syarikat tempatan seperti Proton Holdings Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Celcom (M) Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Malaysian Industrial Development Finance Bhd dan RHB Bhd.

“Selebihnya syarikat luar negara seperti India, Korea, Thailand, Syria, Jepun, Brunei dan Indonesia,” katanya selepas pra pelancaran Smidex 2012, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, tahun ini, SME Corp menyasarkan 10,000 pengunjung bakal membanjiri pameran tersebut kerana tumpuan produk lebih kepada gaya hidup terkini selaras hasrat untuk mengetengahkan kemampuan syarikat tempatan ke seluruh dunia dalam menghasilkan produk terbaik.

SME Corp turut mengadakan Anugerah Inovasi PKS 2012 bagi memberi pengiktirafan terhadap usaha inovasi syarikat tempatan di dalam enam kategori dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM1 juta.

Turut berlangsung sepanjang Smidex 2012, Persidangan PKS Asean-India 2012 yang menjadi platform terbaik bagi peserta memahami peluang dan cabaran pasaran India.

No comments: