Friday, May 17, 2013

PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus

KUALA LUMPUR 16 Mei - Penyedia ruang pejabat, Regus dalam kajiannya baru-baru ini menunjukkan bahawa pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di negara ini tabah dan mempunyai semangat tidak berbelah bahagi dalam perniagaan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130517/ek_04/PKS-Malaysia-tabah-dalam-perniagaan---kajian-Regus
Published: May 17, 2013


Perusahaan kecil dan sederhana Malaysia perlu kekal lincah 
dalam industri dan pasaran bagi mencapai kejayaan.

Kajian itu menunjukkan sebanyak 90 peratus daripada usahawan tempatan sanggup memulakan perniagaan sekali lagi sekiranya diberi peluang, hampir lima peratus melebihi purata global.

Malah, kajian itu turut membongkar pelbagai isu yang tabah diharungi oleh PKS Malaysia dalam mengejar kejayaan.

"Sebanyak 82 peratus menyatakan kurang akses kepada pinjaman, kerenah (71 peratus), kurang sokongan kerajaan (66 peratus) dan dominasi pasaran oleh syarikat-syarikat besar sebanyak 59 peratus,'' menurut laporan kajian Regus.

Pengarah Serantau Regus Asia Pasifik, John Henderson berkata, cabaran yang ditempuhi PKS Malaysia adalah bukan satu perkara baharu dan kerajaan Malaysia telah berusaha sebaik-baiknya bagi menolong mereka.

Katanya, PKS Malaysia perlu kekal lincah dalam industri dan pasaran bagi mencapai kejayaan.

"Kekurangan sokongan daripada institusi-institusi tertentu membawa erti bahawa PKS Malaysia tidak terlalu bergantung kepada pihak lain, sebaliknya fleksibel dalam berusaha bagi mencapai kejayaan,'' ujarnya.

No comments: