Source from (Sinar Online): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=949523
Published: May 15, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Strategidekati500_000pelanggan/Article/index_html
Published: May 16, 2013
AZIZI(kanan) melawat pameran SME BizFest 2013 di Persada Johor,
Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira 320,000 melanggan jalur lebar TM dan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), yang mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan PKS mengenai pentingnya ICT sebagai komponen utama dalam perusahaan mereka.
"Jumlah PKS yang aktif menjalankan perniagaan di Malaysia sebenarnya kira-kira 640,000. Oleh itu 500,000 mewakili kira-kira 80 peratus daripada jumlah PKS di Malaysia," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagi mempromosi penggunaan ICT dalam kalangan PKS, sejak tahun lepas TM menganjurkan TM SME BizFest, dengan kejayaan PKS menunjukkan sejauh mana ICT membantu perniagaan mereka.
Acara tahun ini yang akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, dijangka dihadiri 1,500 peserta. Acara berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) pada 18 Jun.
Kehadiran adalah percuma. Mereka yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian di www.tm.com.my/sme, dengan 100 peserta pertama berpeluang memenangi sebuah iPad mini.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment