Friday, May 10, 2013

Ketat Dasar Perniagaan Berkaitan Bumiputera, Gesa PPIPBM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) menggesa kerajaan mengetatkan dasar negara yang membabitkan Bumiputera dalam perniagaan dan menyelaraskan proses penyelarasan dasar.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=948657
Published: May 10, 2013

"Kami perlukan kerajaan yang kukuh untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan, dan kami bersedia membincangkan dasar dan membantu kerajaan.

"Kami juga berharap dasar-dasar berkenaan dilaksanakan menerusi saluran yang sesuai dan dibentangkan di Parlimen," kata Presiden PPIPBM Datuk Ab Rahim Abu Bakar pada sidang media di sini Khamis.

Ab Rahim berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan, PPIPBM yakin rakyat Malaysia masih kuat dalam mengharungi cabaran, dan wajar bersatu supaya lebih kukuh.

"Pertubuhan kami juga mengucapkan tahniah kepada sebahagian pengundi dan rakyat Malaysia yang masih menaruh kepercayaan terhadap Barisan Nasional, dan memberi peluang kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk terus memimpin dan memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

PPIPBM ditubuhkan pada 1987 untuk menyepadukan semua usahawan dalam sektor industri pembuatan dan perkhidmatan.

Ia aktif terlibat dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana berdasarkan program yang dilaksanakan oleh kerajaan, seperti pembangunan pasaran, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan rantaian perniagaan dan kewangan.

-- BERNAMA

No comments: