Monday, April 15, 2013

Pusat latihan kemahiran janjikan peluang - Jerantut

Jerantut: Bagi masyarakat di daerah ini, pembinaan lebih banyak pusat latihan kemahiran baik dalam bidang pelancongan, pertanian, ternakan, akuakultur dan kejuruteraan begitu dialu-alukan khususnya oleh generasi muda.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013041504092620130415040926/Article/index_html
Published: April 15, 2013

Seorang penduduk, Roslan Sahuna, 51, berkata dengan tersedianya pusat untuk melatih pelbagai kemahiran, ia peluang yang perlu direbut generasi muda di daerah ini untuk memajukan diri.

“Latihan seperti pelancongan, ternakan, perikanan, pertanian dan kemahiran sudah berada di depan mata dan sewajarnya generasi muda Jerantut merebut peluang yang terbuka luas untuk menambah ilmu pengetahuan seterusnya bergelar insan berjaya satu hari nanti.

“Peluang disediakan kerajaan ini amat bagus untuk rakyat bukan saja di daerah ini, malah memberi peluang kepada penduduk di seluruh negeri ini untuk menuntut ilmu di sini,” katanya.

Bagi Adzland Zakaria, 40, berkata peluang menimba pelbagai kemahiran di pusat pendidikan disediakan kerajaan wajar disahut oleh generasi muda Jerantut untuk menimba pelbagai ilmu kemahiran yang boleh mengubah masa depan mereka.

Katanya, banyak peluang boleh direbut oleh golongan belia khususnya dalam bidang pertanian, akuakultur serta pelancongan kerana bidang berkenaan terbuka luas di Jerantut.

Sharifah Ahmad, 26, berkata, pusat latihan dan pendidikan yang ada di Jerantut memberi peluang kedua kepada lepasan sekolah yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Justeru, katanya, golongan terbabit tidak perlu bersedih jika tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading kerana institusi latihan kemahiran menjanjikan masa depan yang gemilang jika mereka berusaha dan merebut peluang disediakan.

No comments: