Sunday, April 7, 2013

Industri kraf rekod RM8.9j

Kuala Lumpur: Industri kraf negara terus mengintai pasaran global apabila merekodkan nilai rundingan lebih RM8.9 juta menerusi Program Padanan Perniagaan sepanjang 13 hari sambutan, Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013, baru-baru ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/IndustrikrafrekodRM8_9j/Article
Published: April 07, 2013

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Mohd Kamil Mohd Ali berkata, penganjuran HKK kali ke-11 itu merekodkan satu lagi pencapaian baru apabila melepasi sasaran jualan iaitu lebih RM24.3 juta.

“HKK berperanan sebagai pemula rangka promosi Kraftangan Malaysia setiap tahun. Biarpun penganjurannya dalam tempoh singkat, namun sambutan diterima memberangsangkan.

“Batik, kain pasang dan pakaian siap memonopoli nilai jualan RM5,08 juta, diikuti produk ukiran kayu, perabot dan hiasan (RM3.45 juta), hasil kulit haiwan termasuk beg, capal dan aksesori mutiara (RM856,106), aksesori pewter/ emas (RM574,272) dan pasu/ seramik (RM365,827),” katanya.

No comments: