Friday, April 5, 2013

Maybank fokus pasaran PKSR

Malayan Banking Bhd (Maybank) akan komited mengembangkan secara agresif pembiayaan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha mengukuhkan lagi penguasaannya dalam segmen itu di negara ini.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MaybankagresifbiayaiPKS/Article/
Published: April 05, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130405/ek_07/Maybank-fokus-pasaran-PKSR
Published: April 05, 2013


Lim Hong Tat

Syarikat laksana transformasi tingkat penguasaan pasaran

Malayan Banking Bhd (Maybank) akan komited mengembangkan secara agresif pembiayaan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha mengukuhkan lagi penguasaannya dalam segmen itu di negara ini.

Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Datuk Lim Hong Tat, berkata kumpulan perbankan terbesar di Malaysia itu menyasarkan meningkatkan penguasaan pasarannya dalam segmen pinjaman PKS kepada 18 peratus tahun ini dan lebih 20 peratus tahun depan daripada 13 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, ketika ini Maybank mempunyai lebih 400,000 pelanggan PKS yang mewakili kira-kira 60 peratus daripada jumlah syarikat dalam sektor itu di negara ini.

Katanya, bagi mengembangkan penguasaan pasarannya dalam segmen PKS, Maybank telah melaksanakan program transformasi dua tahun lalu dengan membangunkan model perniagaan kos efektif dan mesra pelanggan.

“Model ini termasuk mekanisme penilaian risiko lebih baik yang mana Maybank boleh menilai pelanggan mengikut profil risiko mereka dengan lebih mudah,” katanya pada taklimat media mengenai rancangan kumpulan perbankan itu dalam mengukuhkan lagi penguasaannya dalam segmen PKS di Kuala Lumpur semalam.

“Dalam model perniagaan baru itu, kami menggunakan metodologi standard iaitu Score Card yang mana ia boleh menilai aktiviti dan pencapaian akaun pemohon,” katanya.

Lim berkata, program transformasi itu juga termasuk mempercepatkan proses kelulusan dan pengagihan pinjaman kepada tujuh hingga lapan hari berbanding dua hingga tiga minggu sebelum ini, pengenalan produk unggul serta mengukuhkan pasukan jualan dengan memanfaatkan lebih 400 cawangan kumpulan Maybank di seluruh negara.

Beliau berkata, Maybank telah memperkenalkan “SME Clean Loan” yang memberi peluang kepada pelanggannya dengan rekod perbankan selama setahun mendapat akses lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM500,000 tanpa cagaran.

Selain itu, katanya, Maybank juga memperkenalkan pinjaman perniagaan dan hartanah PKS yang membolehkan pelanggannya menikmati modal kerja tambahan sehingga RM500,000 di samping memperoleh pinjaman hartanah komersial.

“Maybank juga menawarkan produk unggul bagi produk serta perkhidmatan PKS yang bukan saja meliputi pinjaman dan deposit, tetapi termasuk pengurusan tunai, kredit kad komersil dan insuran untuk PKS bagi menyokong pelbagai keperluan perbankan harian serta kewangan mereka,” katanya.

Mengenai paras kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Maybank, Lim berkata NPL bank itu ketika ini berada pada paras 5.6 peratus dan pihaknya komited untuk mengurangkannya ke paras tiga peratus dalam tempoh dua atau tiga tahun ini.

No comments: