Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pinjaman-rm2j-untuk-industri-fesyen-1.155389
Published: April 30, 2013
Program Fashion Pitch menawarkan bantuan dana RM2 juta.
Syarikat pelaburan kerajaan itu menjalin kerjasama dengan FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) bagi mengumumkan inisiatif itu bagi memberi peluang kepada penggiat fesyen membentangkan idea dan kreativiti mereka untuk menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Johan Ishak berkata, program dikenali sebagai Fashion Pitch itu diwujudkan untuk meningkatkan daya tarikan industri fesyen dalam negara.
"Fashion Pitch ini adalah cara untuk menjadikan industri fesyen sebagai antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Peserta yang berminat perlu mengemukakan cadangan dan permohonan pada 31 Mei 2013 dan mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta mempunyai minat dalam industri fesyen," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Johan, calon tersenarai akan dipanggil untuk sesi pembentangan pada Jun depan dan peserta yang berjaya layak memohon pinjaman MyCreative sehingga RM2 juta.
MyCreative adalah cabang pelaburan kerajaan untuk merangsang industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif dalam bentuk pelaburan ekuiti atau hutang.
No comments:
Post a Comment