Monday, April 8, 2013

Peluang baru - SME Corp

Kuala Lumpur: SME Corp Malaysia (SME Corp) mensasarkan syarikat yang menyertai Program Anugerah 50 Enterpris (Enterprise 50 Award) disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peluangbaru/Article/index_html

Published: April 08, 2013 Pengerusinya, Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, sejak diperkenalkan tujuh tahun lalu, anugerah berkenaan memberi ruang baru kepada syarikat yang dicalonkan khususnya dalam aspek pengembangan operasi perniagaan.

“Kebanyakan syarikat yang kami temui memberi maklum balas positif terutamanya dalam aspek pembiayaan di mana lebih banyak peluang modal teroka diperoleh.

“Malah, lebih banyak pihak tampil menawarkan pembiayaan dan peluang pengembangan perniagaan termasuk di peringkat antarabangsa,” katanya selepas pelancaran anugerah berkenaan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, sejak tujuh tahun lalu, kira-kira 60 syarikat yang tercalon dalam anugerah berkenaan disenarai di Bursa Malaysia dan pihaknya menjangkakan lebih banyak syarikat akan mengikut langkah sama.

“Walaupun setakat ini ada syarikat yang mahu kekal dengan status sendirian berhad, namun ada juga yang mahu disenarai di Bursa Malaysia.

Foto
DR Mohamed Al Amin (kanan) meletakkan trofi sebagai 
simbolik pelancaran Enterprise 50 Award, baru-baru ini.

“Kami akan membantu mana-mana syarikat yang berminat menyertai Bursa Malaysia dan berterusan memberi pendedahan terhadap manfaat disenaraikan,” katanya sambil menambah setakat ini, kira-kira 46 syarikat disenarai di Papan Utama dan 14 di Papan ACE.

No comments: